Hari Pos Sedunia 2019
10 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniHari Pos Sedunia adalah untuk menghargai lebih 8 000 posmen dan 23 000 pegawai pos yang ada di Malaysia. Tujuan sambutan Hari Pos Sedunia adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang peranan sektor pos di kalangan kehidupan harian rakyat dan sektor perniagaan serta sumbangannya kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara.
Sambutan menggalakkan negara-negara anggota untuk menjalankan aktiviti-aktiviti program yang bertujuan untuk menjana kesedaran yang lebih luas peranan pos dan aktiviti-aktiviti di kalangan orang awam serta media. Setiap tahun, lebih daripada 150 buah negara menyambut Hari Pos Sedunia dalam pelbagai cara. Di negara-negara tertentu, Hari Pos Sedunia disambut sebagai cuti bekerja.
Banyak pihak ‘Pos’ menggunakan sambutan hari itu sebagai acara itu untuk memperkenalkan atau mempromosikan produk dan perkhidmatan pos baru. Beberapa pihak ‘Pos’ juga menggunakan Hari Pos Sedunia untuk memberi ganjaran kepada pekerja mereka kerana menghargai perkhidmatan kakitangan. Kebanyakan negara megadakan pameran filateli, mempamerkan setem baru atau yang berkaitan dengannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: